Selasa, 2 Ogos 2011

LAWATAN SMK NABAWAN KE PUSAT SUMBER SMK ELOPURA



LAWATAN SMK NABAWAN KE PUSAT SUMBER SMK ELOPURA PADA 21 JULAI 2011


Seramai 25 orang pelajar dan 5 orang guru daripada SMK Nabawan telah melawat Pusat Sumber SMK Elopura. para pelawat yagn terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 selamat tiba di Sandakan dengan menaiki penerbangan Air Asia dan pada jam 11 pagi rombongan telah selamat tiba di perkarangan SMK Elopura.




        Rombongan telah diberikan sedikit maklumat ringkas oleh guru pusat sumber Elopura. En Abdullah




                                         Taklimat ringkas diadakan dalam bilik Tun Mahadhir.



Pengetua SMK Elopura memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai sejarah Elopura kepada para rombongan



                                                        Rombongan melawat Perpustakaan



             Ketua rombongan dari Smk Nabawan menyampai cenderahati kepada guru perpustakaan

Rabu, 9 Mac 2011

AKTIVITI BULAN MEMBACA ANJURAN PERPUSTAKAAN MUNSYI ABDULLAH


























Pada bulan February 2011, Perpustakaan Munsyi Abdulah telah menganjurkan program "BULAN MEMBACA". terdapat pelbagai aktiviti telah dijlankan sepanjang berlansungnya bulan membaca tersebut. Diantaranya seperti :

A) PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
B) TAYANGAN FILEM
C) PERTANDINGAN MELUKIS
D) PERTANDINGAN SIAPA CEPAT
E) WORDDOKU
F) CROSSWORD PUZZLE
G) CERAMAH 'KEPENTINGAN ILMU'

Sepanjang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan,terdapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. 

Sabtu, 19 Februari 2011

TAYANGAN PERDANA FILEM 'NGANGKUNG' DI SMK ELOPURA


Tayangan perdana Filem Ngangkung selama 92 minit arahan Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.


Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.

Mampukah rezeki yang diperoleh daripada kegiatan haram membahagiakan hidup? Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.

Saksikan filem yang turut dibintangi Putri Mardiana, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar pada tarikh:



TARIKH            - 22 FEBRUARI 2011 (SELASA)
JAM                   - 09.00 AM DAN JAM 02.00 PM
LOKASI 1         -  BILIK TUN HUSSIEN ONN (PELAJAR 
                              PEREMPUAN)
LOKASI 2         - BILIK TUN ABDUL RAZAK (PELAJAR 
                              LELAKI)


HARGA TIKET RM 0.50 SAHAJA. 

Jumaat, 18 Februari 2011

CONTOH-CONTOH AHLI-AHLI MATEMATIK DUNIA


Rene’ Descartes
 (1596 – 1650)Perancis

Beliau dilahirkan pada 31 Mac 1596, di La haye, sebuah Bandar kecil di Touraine, Perancis. Beliau adalah anak yang ketiga dari keluarga yang amat disegani.Rene Descartes telah mendapat pendidikan awal di Jesuit College of La Fleche. Pusat pendidikan ini telah berpegang kuat dengan fahaman skolastik. Di sini beliau telah menjalani kursus pendidikan selama sembilan tahun. Walaupun beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang di kolej itu, beliau sering dibebani dengan kesangsian dan keraguan yang tidak berkesudahan.

Rene Descartes juga mengalami masalah kesihatan di mana beliau diberi kebebasan dan kelonggaran untuk memiliki masa tidur yang secukupnya dan hanya bangun dari tidur seawal 11 pagi setiap hari. Pada tahun 1649, Rene Descartes telah mendapat pengiktirafan Queen Christina dari Sweden untuk menyertai halaqah perbincangan di Stockholm dan meminta Rene Descartes mengajarnya falsafah. Walaupun pada awalnya Descartes agak keberatan, namun akhirnya beliau menerima undangan tersebut yang nyata telah menjadi penyebab kematiannya. Beliau telah diminta untuk memberi tutorial kepada Queen Christina seawal lima pagi, sesuatu perkara yang tidak pernah beliau lakukan selama ini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan cuaca sejuk di Sweden. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Februari 1650 akibat menghidap penyakit pneumonia. Jasad Rene Descartes telah dibawa pulang ke Perancis untuk dikebumikan.

Sumbangan: Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika panjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.


John Venn
(1834 - 1923) England

Beliau dilahirkan di Hull, England pada 4 haribulan Ogos 1834. Beliau telah menerima pendidikan peringkat awal dari Highgate dan Islington iaitu dua sekolah di London.  Seterusnya beliau telah meneruskan pelajaran di Gonville and Caius College, Cambridge dari 1853 sehingga 1857 dalam jurusan matematik peringkat ijazah. Beliau telah dilantik menjadi felo setelah menamatkan pengajian beliau di Cambridge, ianya merupakan jawatan yang telah dipegang oleh Venn sepanjang hidupnya walaupun beliau telah dilantik ke jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Pengerusi The Royal Society dalam cambridge. John Venn telah meninggal dunia pada tahun 1923 di Cambridge,dan telah dikebumikan di kawasan berdekatan iaitu Trumpington Churchyard.


Sumbangan: Gambar rajah Venn telah diperkenalkan oleh John Venn melalui penulisannya bertajuk "On the Diagrammatic and Mechanical Representation of Propositions and Reasonings" yang telah diterbitkan dalam "Philosophical Magazine and Journal of Science", mengisahkan tentang berbagai kaedah untuk mewakilkan “proposition” menggunakan gambar rajah. Penemuan Gambar rajah Venn adalah sangat penting kerana ia digunakan dalam pelbagai bidang matematik termasuklah theory set, probability, logic, statistic dan sains computer. Gambarrajah Venn sebenarnya terdiri daripada beberapa bulatan yang bertindih. Contoh Venn Diagram menggunakan 2 set adalah seperti bawah.

Pada tahun 1866 Venn telah menerbitkan karyanya “ The Logic Of Chance”, yang telah menjadi penyumbang utama ke arah evolusi theory dalam bidang statistik serta telah memperkembangkan salah satu aspek theory probability yang dikenali sebagai theory frekuensi. Bertepatan dengan tema edisi kita kali ini ….iaitu insurans adik-adik, statistic memainkan peranan penting dalam bidang insurans. Maka bolehlah kita katakan bahawa John Venn juga antara penyumbang kepada matematik yang telah melahirkan bidang insurans.


Sir Isaac Newton
(1642 - 1727)  England




Beliau lahir di Woolsthorpe-by-Colsterworth, Lincolnshire, 25 Disember 1642 dan meninggal 20 Mac 1727 pada umur 84 tahun, merupakan seorang fizikawan, matematikawan, ahli astronomi, filsuf alam, alkimiwan, dan teolog yang berasal dari England.  Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.
Karya bukunya PhilosophiƦ Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada tahun 1687 dianggap sebagai buku paling berpengaruh sepanjang sejarah sains. Buku ini meletakkan dasar-dasar mekanika klasik. Dalam karyanya ini, Newton menjabarkan hukum gravitasi dan tiga hukum gerak yang mendominasi pandangan sains mengenai alam semesta selama tiga abad. Newton berhasil menunjukkan bahawa gerak benda di Bumi dan benda-benda luar angkasa lainnya diatur oleh sekumpulan hukum-hukum alam yang sama. Ia membuktikannya dengan menunjukkan konsistensi antara hukum gerak planet Kepler dengan teori gravitasinya. Karyanya ini akhirnya menyirnakan keraguan para ilmuwan akan heliosentrisme dan memajukan revolusi ilmiah. Sampai sekarang pun Newton masih sangat berpengaruh di kalangan ilmuwan.
Sumbangan: Dalam bidang matematika pula, bersama dengan karya Gottfried Leibniz yang dilakukan secara terpisah, Newton mengembangkan kalkulus diferensial dan kalkulus integral. Ia juga berhasil menjabarkan teori binomial, mengembangkan "metode Newton" untuk melakukan pendekatan terhadap nilai nol suatu fungsi, dan berkontribusi terhadap kajian deret pangkat.  Dalam bidang mekanika, Newton mencetuskan adanya prinsip kekekalan momentum dan momentum sudut. Dalam bidang optika, ia berhasil membangun teleskop refleksi yang pertama dan mengembangkan teori warna berdasarkan pengamatan bahawa sebuah kaca prisma akan membagi cahaya putih menjadi warna-warna lainnya. Ia juga merumuskan hukum pendinginan dan mempelajari kecepatan suara.



Johann Carl Friedrich Gauss
(1777 - 1855)  Jerman





Beliau adalah matematikawan, astronom dan fisikawan Jerman legendaris yang memberikan beragam kontribusi; ia dipandang sebagai salah satu matematikawan terbesar sepanjang masa selain Archimedes dan Isaac Newton. Dilahirkan di
Braunschweig, Electorate Brunswick – Lineburg, sekarang bagian dari Lower Saxony, Jerman 30 April 1777, sebagai putra yang kedua dari kaum buruh orang tua yang miskin.  Semasa berusia 10 tahun, Gauss muda menjawab dalam beberapa detik soal yang diberikan oleh gurunya. Gauss membuat gurunya dan Martin Bartels asistennya terkagum-kagum dengan memberikan rumus untuk menghitung jumlah suatu deret aritmatika berupa penghitungan deret 1+2+3+…+100. Ketika itu, bapanya menginginkan dia mengikuti langkahnya menjadi tukang batu, maka Gauss bukan orang yang mendukung kepandaiannya dibidang ilmu pengetahuan dan matematika. Sebaliknya, Gauss didukung oleh ibunya dan Duke (dari Braunschweig) di dalam bidang ini.  Duke telah menghadiahi Gauss biasiswa ke Collegium Carolinum (sekarang Technische University Braunschweig), Gauss mengikutinya dari tahun 1792 sampai 1795, dan sesudah itu dia melanjutkan ke University Gottingen dari tahun 1795 sampai 1798. Gauss meninggal dunia tanggal 23 Februari 1855 di Gottingen, saat ia berusia 77 tahun.

SumbanganKalkulus (termasuk limit) merupakan salah satu bidang analisis yang menarik perhatiannya. Pada tahun 1796, beliau aktif dalam penemuan teori tentang angka dan jumlah.  Dia menemukan perhitungan yang modular, sangat menyederhanakan manipulasi dalam jumlah theorema. Beliau ialah orang yang pertama membuktikan hukum hal timbal balik dalam kuadrat. Gauss seorang ilmuwan dan ahli matematik Jerman yang menyokong dengan mantap dalam teori nomor; jumlah, statistik, analisa, ilmu ukur yang diferensial, elektrostatika, ilmu optik.









Omar Khayyam
(1048 - 1131) PARSI







Beliau seorang ilmuan Islam yang terkenal ialah Omar Khayyam. Kepakaran Omar Khayyam, seorang rakyat Parsi, adalah dalam bidang matematik, astronomi, falsafah, perubatan dan puisi. Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada tahun 1044. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah.  Sebenarnya, tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah awal hidupnya kecuali fakta bahawa dia mendapat pendidikan di Nishapur dan tinggal di sana dan juga di Samarqand sepanjang hidupnya.
Melihat perjalanan hidupnya, Omar Khayyam adalah seorang yang sangat sukakan kesederhanaan. Beliau pernah ditawarkan untuk bekerja di istana.  Beliau sebaliknya menolak dan memilih hidup secara sederhana dan tenang untuk menimba ilmu. Beliau mengembara ke pusat-pusat ilmu ketika itu seperti di Samarqand, Bukhara, Balkh dan Isphahan untuk mendalami ilmunya dan juga bertukar-tukar fikiran dengan para ilmuan di sana.
Sumbangan:  Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.  Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah (kuasa) ke-tiga.  Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.  Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra.  
Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian
persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.  Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.  Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap.  Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.



Abu Raihan Al-Biruni
(973 – 1048)  Khwarazm




Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, dan meninggal dunia pada 13 Disember 1048.  Al-Biruni merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

Sumbangan:  Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.   Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km














Al-Khawarizmi /
 (780-850) Khwarazm




Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra.  Beliau ialah seorang pakar dalam bidang matematik dan astronomi yang dilahirkan di Khwarazm.  Sewaktu pemerintahan Al-Makmum, beliau ke Baghdad dan berjaya mendapat penghargaan serta kedudukan apabila dilantik menganggotai Baitul Hikmah (Ketua Pustakawan al-Makmum) dan wakil delegasi ke luar negara.

Sumbangan:  Ilmuwan Islam ini telah membuktikan, kaedah campur, bahagi dan tolak yang dikembangkan agar menjadi lebih mudah oleh Al-Khawarizmi, tidak diubah hingga hari ini seperti pendekatan algebra serta algorithma.  Pencarian ilmu nombor warisan masyarakat Hindu membawa Al-Khawarizmi berjumpa seorang sarjana Hindu bernama Kankah yang member tunjuk ajar dalam ilmu nombor Hindu.  Pencapaian paling ulung Al-Khawarizmi ialah apabila beliau memberi nilai kepada angka kosong sedangkan dalam sistem nombor Hindu, kosong tiada nilai.  Sehingga hari ini, istilah yang bermakna kosong digunakan bangsa Eropah sebenarnya berakar daripada istilah diperkenal Al-Khawarizmi sebagai sifar. 

Beliau turut mengasaskan fungsi punca ganda dua dalam usahanya menyelesaikan beberapa masalah kiraan dengan simbol asal menggunakan huruf jim, kemudian diwarisi tokoh seperti Al-Uqlidisi dan simbol itu juga sudah berubah.
Al-Khawarizmi menyusun risalah kecil dalam bidang aritmetik yang dianggap sebagai pertama dalam bidang

 itu yang kemudiannya dikenali dengan nama Algorizam beberapa kurun selepasnya.




















Liu Hui
(429 - 501) China




Zu Chongzhi juga kadangkala ditulis sebagai Tsu Ch’ung Chi adalah seorang ahli matematik yang terkemuka semasa pemerintahan Dinasti Liu Sung. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan jurutera yang hebat. Beliau dilahirkan di Jiankang (sekarang Nanking) pada tahun 429 dan meninggal dunia pada tahun 501 dan merupakan keturunan dari suku Baoding, Hebei. Apa yang menarik bagi keluarga Zu ini ialah sejak dari zaman moyang lagi keluarga Zu telah terlibat di dalam bidang penyelidikan astronomi. Moyang Zu adalah seorang pegawai istana yang berkhidmat semasa pemerintahan Dinasti Chin. 
Zu Chongzhi telah didedahkan kepada bidang matematik dan astronomi sejak kecil. Beliau sangat menyintai sains dan sangat tekun dalam astronomi dan matematik.

Sumbangan:  Pencapaian luarbiasa yang di capai oleh Zu Chongzi dalam bidang matematik ialah pengiraan nisbah bagi ukur lilit sebuah bulatan kepada diameter. Beliau mengatakan bahawa nisbah ukur lilit kepada diameter bagi sesuatu bulatan adalah nisbah 3 kepada 1. Namun oleh kerana buku yang ditulis oleh beliau berjudul Zhui Shu telah hilang, maka adalah mustahil untuk mengetahui apakah kaedah yang digunakan oleh Zu Chongzi untuk mengira nisbah ini.  Zu Chongzi juga berjaya dalam penemuan nilai phi, dengan nilai pecahan 355/113.



Prof. Dr. Shahrir Md. Zain
(MALAYSIA)

Prof. Shaharir, walaupun terlatih dalam bidang matematik tulen (fizik kuantum), juga giat memperjuangkan Bahasa Melayu dan Pengislaman Ilmu sepanjang kariernya.  Selain bidang hakiki beliau iaitu matematik, sub-bidang fizik kuantum, beliau mahir dalam bidang falsafah sains Islam, etnomatematik, bahasa, teori pengurusan dan juga bidang-bidang lain,.  Prof. Shaharir boleh dikatakan sebagai penyelidik matematik professional Melayu yang pertama. Beliau merupakan anak Melayu pertama mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang matematik (dalam bidang yang bukan calang-calang hebatnya: fizik kuantum). Beliau merupakan antara perintis bidang penyelidikan matematik di Malaysia, dan ahli matematik pertama dari Malaysia menerima Fulbright Scholarship. Beliau juga merupakan ahli matematik pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai fellow Akademi Sains Malaysia.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...