Sabtu, 19 Februari 2011

TAYANGAN PERDANA FILEM 'NGANGKUNG' DI SMK ELOPURA


Tayangan perdana Filem Ngangkung selama 92 minit arahan Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.


Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.

Mampukah rezeki yang diperoleh daripada kegiatan haram membahagiakan hidup? Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.

Saksikan filem yang turut dibintangi Putri Mardiana, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar pada tarikh:



TARIKH            - 22 FEBRUARI 2011 (SELASA)
JAM                   - 09.00 AM DAN JAM 02.00 PM
LOKASI 1         -  BILIK TUN HUSSIEN ONN (PELAJAR 
                              PEREMPUAN)
LOKASI 2         - BILIK TUN ABDUL RAZAK (PELAJAR 
                              LELAKI)


HARGA TIKET RM 0.50 SAHAJA. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...